Nasrul Hadi * Syifa'

Photo Galleries

59400_1448079836799_1077275146_1066862_989611_n.jpg

20.07.2010

1_364203434l.jpg

Seorang lelaki itu...

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak -ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang - kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

1_239059630l.jpg

Muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Kita orang ISLAM.

Muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman.