
Serba sedikit pengenalan tentang pengantin
Tarikh lahir/ Tempat Lahir: 09 Disember 1984,Kuala Pilah
Pendidikan: Sekolah & University
- Sekolah Kebangsaan Ampangan,N.Sembilan
- Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, N.Sembilan
- Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
- Matriculation Centre, International Islamic University Malaysia, Petaling Jaya
- International Islamic University Malaysia, Gombak ~ Bachelor Science of Architecture (Hons)
- Deakin University, Australia ~ Bachelor of Architecture (Hons)
Hobi: Photography and arts
Ucapan:
Subhanallah,terlalu besar nikmat yang dikurniakan ke atas kami. Moga nada syukur senantiasa melingkari setiap pertuturan, tingkah laku dan keputusan kami.
Alhamdulillah, segala pujian buat Tuhan yang mempermudahkan setiap inci urusan walimah dan kehidupan berkeluarga selepas ini.
Allahu Akbar, Allah Maha Besar, Maha mengetahui hati-hati ini. Engkau satukan kami di jalan ini. Semoga ikatan ini mempereratkan hubungan dan memperkemaskan usaha menyebarkan syiar agama yang suci ini.
Setinggi penghargaan dan kasih sayang ditujukan khas buat ayahanda dan bonda kami, Sabuddin Hj Sani dan Azizah Mohamad serta Azman Ahmad dan Rozana Md Zain di atas pengorbanan dan bantuan yang tidak putus-putus dalam mempermudahkan urusan menyatukan kami berdua. Ketabahan dan kesungguhan mereka memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam mengenal Islam dan mengerti selok-belok kehidupan serta tidak jemu-jemu mendoakan kejayaan kami dalam setiap bidang yang diceburi tidak termampu kami membalasnya, melainkan hanya Allah yang layak memberi ganjaran kepada mereka.
Akhir kalam, doakan kami dikurniakan pernikahan yang barakah dan melahirkan generasi anak-anak yang menyerahkan hidup mereka untuk Islam.
Ameen.
Wassalam
Amir
Tarikh lahir/ Tempat Lahir: 15 Oktober 1984, Manchester
Pendidikan: Sekolah & University
- Sekolah Rendah Al-Azhar, Kedah
- Forest Park Primary School, Stoke-On-Trent
- Queens Primary School, Stoke-On-Trent
- Sekolah Rendah Kebangsaan Melor, Kelantan
- Sekolah Menengah Agama Melor, Kelantan
- Sekolah Menengah Agama Yan, Kedah
- Sekolah Menengah Agama (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang
- Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
- Matriculation Centre, International Islamic University Malaysia, Petaling Jaya
- International Islamic University Malaysia, Gombak ~ Bachelor of English Language & Literature
Hobi: Reading, hiking, travelling & baking
Ucapan:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (At-Taubah: 71)
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Syukur kehadrat Ilahi diatas hidayahNYA dan segala nikmat kurniaan yang tidak terbatas.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan-rakan & ahli keluarga yang melawati website ini, memberikan ucapan & mendoakan kami. Insyaallah semoga segala kebaikan dari doa kalian dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah.
Alhamdulillah dan terima kasih juga dari saya kepada yang mendoakan terbinanya keluarga Sakinah, Mawaddah dan Rahmah buat dua insan yang bakal mengharungi fasa baru dalam hidup ini. Untuk memperoleh impian ini semestinya memerlukan persiapan, nilai keikhlasan dan kesabaran agar setiap keputusan adalah bermakna & diredhai Allah.
‘Membangunkan sebuah keluarga bukan perkara mudah, mulailah dengan niat baik, upaya yang tepat dan tekun berdoa memohon pertolongan Allah’ (Abdullah Gymnastiar)
Semoga matlamat sebuah perkahwinan agar penghuninya menjadi insan yang lebih baik disisi Allah dalam setiap langkah & detik ketika serta saling memperbaiki antara satu sama lain menjadi pegangan bersama Insyaallah.
Jazakumullahu khairan kathir & wassalam.
Truly,
Khadijah
Lautan nikmat yang datang disambut dengan penuh kesyukuran, Musibah yang menerjang kendalikan kayuh bahtera dengan ketenangan