
Our wedding date: December 05, 2008
"Pernikahan bukanlah semata-mata saluran untuk memanifestasikan rasa cinta, tetapi lebih besar ertinya daripada itu. Pernikahan itu adalah salah satu kaedah terpenting dalam merealisasikan maksud khalifah; yakni bagi memastikan kelangsungan hidup manusia. Pernikahan itu juga, dalam konteks kita sebagai ahli jama’ah, harus dilihat sebagai sumber kekuatan. Pernikahan harus dilihat sebagai penyatuan antara dua jiwa yang sama-sama mencintai perjuangan, yang sama-sama bersedia untuk berkongsi pahit manis dalam perjuangan, yang saling mendokongi antara satu sama lain sepanjang melalui ranjau perjuangan."
Tujuan perkahwinan dalam Islam
Oleh : Yazid bin Abdul Qadir Jawas
3.1. Untuk Memenuhi Tuntutan Naluri Manusia Yang Asasi
Perkahwinan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi keperluan ini iaitu dengan aqad nikah (melalui jinjang perkahwinan), bukan dengan cara yang amat kotor menjijikan seperti cara-cara orang sekarang ini dengan berpacaran, kumpul kebo, melacur, berzina, lesbian, homoseks, dan lain sebagainya yang telah menyimpang dan diharamkan oleh Islam.
3.2. Untuk Membentengi Akhlak Yang Luhur
Sasaran utama dari disyari'atkannya perkahwinan dalam Islam di antaranya ialah untuk membentengi martabat manusia dari perbuatan kotor dan keji, yang telah menurunkan dan meninabobokan martabat manusia yang luhur. Islam memandang perkahwinan dan pembentukan keluarga sebagai sarana efefktif untuk memelihara pemuda dan pemudi dari kerusakan, dan melindungi masyarakat dari kekacauan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Ertinya: Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), kerana shaum itu dapat membentengi dirinya". (Hadis Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).
3.3. Untuk Menegakkan Rumah Tangga Yang Islamik
Dalam Al-Quran disebutkan bahawa Islam membenarkan adanya Thalaq (perceraian), jika suami isteri sudah tidak sanggup lagi menegakkan batas-batas Allah, sebagaimana firman Allah dalam ayat berikut:
“Thalaq (yang dapat dirujuki) dua kali, setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali dari sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang dhalim”. (Al-Baqarah: 229).
Yakni keduanya sudah tidak sanggup melaksanakan syari'at Allah. Dan dibenarkan rujuk (kembali nikah lagi) bila keduanya sanggup menegakkan batas-batas Allah. Sebagaimana yang disebutkan dalam surat Al-Baqarah lanjutan ayat di atas:
“Kemudian jika si suami menthalaqnya (sesudah thalaq yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dikahwin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami yang pertama dan isteri) untuk kahwin kembali, jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui ”. (Al-Baqarah: 230).
Jadi tujuan yang luhur dari pernikahan adalah agar suami isteri melaksanakan syari'at Islam dalam rumah tangganya. Hukum ditegakkannya rumah tangga berdasarkan syari'at Islam adalah WAJIB. Oleh kerana itu setiap muslim dan muslimah yang ingin membina rumah tangga yang Islamik, maka ajaran Islam telah memberikan beberapa kriteria tentang calon pasangan yang ideal:
a. Harus Kafa'ah
b. Shalihah
a. Kafa'ah Menurut Konsep Islam
Pengaruh materialisme telah banyak menimpa orang tua. Tidak sedikit zaman sekarang ini orang tua yang memiliki pemikiran, bahawa di dalam mencari calon jodoh putera-puterinya, selalu mempertimbangkan keseimbangan kedudukan, status sosial dan keturunan saja. Sementara pertimbangan agama kurang mendapat perhatian. Masalah Kufu' (sedarjat, sepadan) hanya diukur melalui material saja.
Menurut Islam, Kafa'ah atau kesamaan, kesepadanan atau sedarjat dalam perkahwinan, dipandang sangat penting kerana dengan adanya kesamaan antara kedua suami isteri itu, maka usaha untuk mendirikan dan membina rumah tangga yang Islamik insya Allah akan terwujud. Tetapi kafa'ah menurut Islam hanya diukur dengan kualiti iman dan taqwa serta akhlaq seseorang, bukan status sosial, keturunan dan lain-lainnya. Allah memandang sama darjat seseorang baik itu orang Arab mahupun non Arab, miskin atau kaya. Tidak ada perbezaan dari keduanya melainkan darjat taqwanya (Al-Hujuraat: 13).
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Al-Hujuraat: 13).
Dan mereka tetap sekufu' dan tidak ada halangan bagi mereka untuk menikah satu sama lainnya. Wajib bagi para orang tua, pemuda dan pemudi yang masih berfaham materialis dan mempertahankan adat istiadat wajib mereka meninggalkannya dan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi yang Shahih. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:
"Ertinya: Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya (ke-Islamannya), sebab kalau tidak demikian, niscaya kamu akan celaka". (Hadis Shahi Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).
b. Memilih Yang Shalihah
Orang yang mahu nikah harus memilih wanita yang shalihah dan wanita harus memilih laki-laki yang shalih.
Menurut Al-Quran wanita yang shalihah ialah:
“Wanita yang shalihah ialah yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana Allah telah memelihara (mereka)”. (An-Nisaa: 34).
Menurut Al-Quran dan Al-Hadis yang Shahih di antara ciri-ciri wanita yang shalihah ialah:
"Ta'at kepada Allah, Ta'at kepada Rasul, Memakai jilbab yang menutup seluruh auratnya dan tidak untuk pamer kecantikan (tabarruj) seperti wanita jahiliyah (Al-Ahzab: 32), Tidak berdua-duaan dengan laki-laki yang bukan mahram, Ta'at kepada kedua Orang Tua dalam kebaikan, Ta'at kepada suami dan baik kepada tetangganya dan lain sebagainya".
Bila kriteria ini dipenuhi Insya Allah rumah tangga yang Islamik akan terwujud. Sebagai tambahan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menganjurkan untuk memilih wanita yang peranak dan penyayang agar dapat melahirkan generasi penerus umat.
3.4. Untuk Meningkatkan Ibadah Kepada Allah
Menurut konsep Islam, hidup sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah dan berbuat baik kepada sesama manusia. Dari sudut pandangan ini, rumah tangga adalah salah satu lahan subur bagi peribadatan dan amal shalih di samping ibadat dan amal-amal shalih yang lain, sampai-sampai menyetubuhi isteri-pun termasuk ibadah (sedekah).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Ertinya: Jika kalian bersetubuh dengan isteri-isteri kalian termasuk sedekah !. Mendengar sabda Rasulullah para shahabat kehairanan dan bertanya: "Wahai Rasulullah, seorang suami yang memuaskan nafsu berahinya terhadap isterinya akan mendapat pahala ?" Nabi shallallahu alaihi wa sallam menjawab: "Bagaimana menurut kalian jika mereka (para suami) bersetubuh dengan selain isterinya, bukankah mereka berdosa .? Jawab para shahabat:"Ya, benar". Beliau bersabda lagi: "Begitu pula kalau mereka bersetubuh dengan isterinya (di tempat yang halal), mereka akan memperolehi pahala!". (Hadis Shahih Riwayat Muslim 3:82, Ahmad 5:1167-168 dan Nasa'i dengan sanad yang Shahih).
3.5. Untuk Mencari Keturunan Yang Shalih
Tujuan perkahwinan di antaranya ialah untuk melestarikan dan mengembangkan bani Adam, Allah berfirman yang bermaksud:
“Allah telah menjadikan dari diri-diri kamu itu pasangan suami isteri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?”. (An-Nahl: 72).
Dan yang terpenting lagi dalam perkahwinan bukan hanya sekadar memperolehi anak, tetapi berusaha mencari dan membentuk generasi yang berkualiti, iaitu mencari anak yang shalih dan bertaqwa kepada Allah.
Tentunya keturunan yang shalih tidak akan diperolehi melainkan dengan pendidikan Islam yang benar. Kita sebutkan demikian kerana banyak "Lembaga Pendidikan Islam", tetapi isi dan caranya tidak Islamik. Sehingga ramai kita lihat anak-anak kaum muslimin tidak memiliki akhlaq Islamik, diakibatkan kerana pendidikan yang salah. Oleh kerana itu suami isteri bertanggungjawab mendidik, mengajar, dan mengarahkan anak-anaknya ke jalan yang benar.
Tentang tujuan perkahwinan dalam Islam, Islam juga memandang bahawa pembentukan keluarga itu sebagai salah satu jalan untuk merealisasikan tujuan-tujuan yang lebih besar yang meliputi berbagai aspek kemasyarakatan berdasarkan Islam yang akan mempunyai pengaruh besar dan mendasar terhadap kaum muslimin dan eksistensi umat Islam.
http://hikmah.sitesled.com/feqah/nikah-konsep_perkahwinan_4.htm