
Tips & Info about Pregnancy & Breastfeeding
Sebaik - baiknya, makanan yang mampu dicerna oleh janin seharusnya diberi keutamaan, melainkan ia benar – benar berkualiti baik. Oleh itu, anda perlu menyediakan diri anda dengan pelbagai maklumat yang paling utama mengenai pemakanan seimbang selama tempoh hamil. Juga, pastikan makanan yang anda
makan benar-benar serasi bagi anda dan si kecil. Dengan begitu, janin akan membesar dengan sihat. Bukan itu sahaja, kesihatan ibu yang hamil juga tetap terjamin.
Apakah makanan seimbang yang sesuai sewaktu hamil?
Sejak di awal kehamilan, sebaiknya anda (ibu hamil) menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan. Dan perlu ketahui juga, anda memerlukan tambahan kalori, protein, vitamin, dan mineral. Kenapa? Ia adalah untuk kesihatan si kecil dan juga anda. Semasa hamil, paras kalori anda perlu ditambah lagi pada peringkat ke-2 dan ke-3. Biasanya, sekitar 285 kcal/hari. Bagaimana dengan protein? Pada kebiasaannya anda hanya memerlukan sebanyak 48 g sehari, tetapi, sewaktu hamil ia harus ditingkatkan kepada 12 g / hari. Begitu juga dengan vitamin dan mineral .
Contohnya, asid folik yang tadinya cukup 150 mg/hari, perlu ditambah lagi sekitar 150 mg/hari. Kelihatannya agak rumit ya? Oleh itu, sebaiknya berbincangah dengan doktor anda untuk mengira jumlah zat pemakanan yang harus anda ambil ketika saat kehamilan.
Anda juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep piramid makanan. Mengikut konsep piramid makanan, semakin ke bawah, semakin besar keperluan yang harus anda penuhi setiap hari.
Ada ketika ibu mengalami diabetes ketika hamil sedangkan semasa tidak hamil tidak mengalaminya. Terdapat 3 jenis diabetes tahap 1, tahap 2 atau gestational. Gestational berlaku ketika hamil sahaja. Biasanya tiada tanda tertentu yang boleh dipantau. Untuk mengetahuinya perlu membuat pemeriksaan antara minggu ke 24 ke 28 hamil.
Ketika hamil, badan anda akan menghasilkan juga glukosa untuk bayi yang disalurkan melalui uri. Uri juga menghasilkan hormon tertentu untuk membantu pembesaran bayi. Hormon ini menyebabkan badan anda sukar menggunakan insulin. Jika badan anda menghasilkan terlalu banyak hormon anti insulin, ia akan menghalang pergerakan glukosa dari aliran darah ke sel. Pankreas pula tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup, ini menyebabkan berlaku diabetes bila terlalu banyak glukosa dalam darah.
Risiko mengalami diabetes ketika hamil jika
- sejarah keluarga yang alami diabetes
- pernah bersalin bayi pra matang atau bayi terlalu berat melebihi 4.5 kg
- Gemuk
- Berumur lebih 25 tahun
Diabetes akan memberi kesan kepada saiz bayi. Jika terlalu tinggi, bayi akan mendapat terlebih khasiat dan bayi terlebih besar. Ini boleh menyebabkan bayi gemuk atau dikenali mascromia. Bayi akan membentuk lemak di bahu dan menyebabkan sukar bersalin secara normal. Bayi juga akan mengalami kandungan gula dalam darah yang rendah, kemungkinan bayi juga alami diabetes tahap 2 di kemudian harinya atau alami demam kuning.
Kesan pada ibu pula, ibu mungkin terpaksa bersalin secara pembedahan, alami tekanan darah tinggi dan bengkak tangan dan kaki, jangkitan saluran kencing dan mengalami diabetes ketika semakin berumur dan alaminya lagi untuk kehamilan seterusnya.
Jika anda alami diabetes, anda boleh kawalnya dengan menjaga pemakanan, tahap aktiviti anda, insulin dan stres. Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar pemakanan. Anda perlu memeriksa glukosa dalam darah mengikut yang disarankan oleh doktor anda dengan membuat ujian glukosa.
Untuk memastikan bayi sihat, sepanjang hamil boleh lakukan beberapa ujian
- ujian ultrasound perlu dilakukan untuk memeriksa perkembangan bayi.
- Ujian alpha-fetoprotein untuk mengesan protein tertentu yang dihasilkan dalam hati bayi.
- Amniocentesis – ujian mengambil cecair amniotic (cecair di sekeliling bayi). Penting untuk tentukan paru-paru bayi matang jika terpaksa bersalin awal
- Ujian anti stress - merekod denyutan jantung bayi untuk memeriksa kesihatan bayi di akhir hamil. Sejenis alat akan diletak di perut ibu
- Pantauan terhadap bayi semasa bersalin. Membuat pemeriksaan denyutan jantung bayi untuk mengesan jika terdapat tanda stres
Minum dengan mencukupi iaitu 11 ke 12 cawan air sehari. Jumlah ini biasanya diperolehi daripada minuman dan makanan yang diambil setiap hari. Ibu-ibu akan cuba minum dengan banyak mengikut keperluan kerana mekanisme dalaman memberi isyarat ‘ Saya dahaga” apabila badan kekurangan cecair. Namun mekanisme dalaman ini kadang-kadang tidak memberi isyarat yang cukup. Wanita mengandung yang terdedah kepada cuaca yang panas mungkin gagal mengesan untuk mendapat cecair yang mencukupi jika mereka bergantung pada isyarat tadi. Wanita yang muntah perlu mendapatkan cukup cecair. Mereka perlu dapatkan dari air dan jus. Ini akan mengekal tenaga dan elak kekeringan.
Sembelit adalah perkara biasa ketika mengandung. Untuk elak sembelit pastikan ambil makanan berkandung fiber yang tinggi. Sumber fiber adalah dari bijirin seperti bran, oatmeal, conflakes dan roti whole-wheat, buah-buahan seperti mangga, epal, pear, strawberi atau pisang, sayur-sayuran seperti jagung, ubi kentang, brocoli, karot, kacang hijau, terung dan sayur hijau. Pilih sumber yang anda suka dan boleh memenuhi diet anda. Anda akan tahu anda mendapat fiber yang mencukupi jika najis anda lembut. Namun jika berlebihan fiber mungkin mengalami cirit birit. Dan anda juga akan alami sembelit jika mendapat fiber yang cukup tetapi kurang air. Ini kerana air akan membantu pembuangan lebih lancar. Kadang-kadang kita rasa dah ambil buah atau sayur dengan banyak namun masih sembelit. Cuba minum mencukupi.
Jika anda mengalami simpton di bawah hubungi doktor anda segera walaupun anda rasa seperti tiada masalah mengenainya. Biasanya ini tidak mendatangkan masalah besar namun membuat pemeriksaan lebih baik bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
1.Rasa sesuatu tidak kena – percaya pada perasaan anda dan hubungi doktor. Jika ada masalah, anda boleh dapatkan bantuan dengan segera. Jika tiada masalah, tidak mengapa.
2.Terasa sakit yang teruk di bahagian atas atau pertengahan perut sama ada disertai dengan loya/muntah atau tidak. Ini mungkin kerana masalah penghadaman, keracunan makanan atau pre-eclampsia iaitu keadaan yang serius yang memerlukan tindakan segera.
3.Demam melebihi 37.5 perlu berjumpa doktor. Jika melebihi 39 anda mungkin telah dijangkiti kuman. Jika berlaku dalam masa yang panjang, mungkin berbahaya kepada bayi.
4.Mengalami masalah penglihatan seperti kabur, berkelip atau mengalami flashing spots yang berlaku selama lebih 2 jam, itu tanda anda mengalami pre-esclampsia.
5.Bengkak atau sembab pada tangan, muka dan mata biasa dialami ketika mengandung. Tetapi jika mengalaminya dengan teruk dan tiba-tiba diikuti pula sakit kepala dan masalah penglihatan, ini mungkin simpton pre-esclampsia.
6.Pendarahan vaginal sama ada sedikit atau banyak. Jika keluar ‘spotting’ tanpa rasa sakit, ini adalah normal.
7.Keluar cecair dari vagina
a.jika berlaku sebelum 37 minggu ini menandakan membran telah pecah dan air ketuban telah keluar. Doktor perlu menahan anda untuk mengelak jangkitan dan membuat persediaan kemungkinan berlaku kelahiran pra matang. Jika sebelum 34 minggu, doktor akan berikan suntikan untuk memastikan paru-paru bayi kuat jika bersalin awal. Anda akan rasa basah dan seperti kencing dalam seluar sedangkan sebenarnya bukan kencing.
b.Jika telah melebihi 37 minggu ini mungkin tanda anda akan bersalin.
8.Rasa dahaga secara tiba-tiba diikuti dengan terlalu sedikit atau tiada air kencing. Ini tandanya anda mengalami dehydrasi atau gestational diabetes
9.Sakit ketika buang air kecil diikuti sakit belakang. Anda mungkin mengalami jangkitan pada pundi kencing.
10.Muntah
a.Muntah yang berterusan selama 2 ke 3 kali sehari semasa trimester pertama boleh menyebabkan anda kekeringan (dehidrat) dan lemah dan mungkin perlu dimasukkan air.
b.Muntah ketika peringkat akhir mengandung, atau muntah diikuti sakit dan/atau suhu meningkat. Ini mungkin tanda pre eclampsia.
11.Pitam atau pengsan, mungkin kerana anda kurang makan atau anda mengalami tekanan darah rendah
12.Pergerakan bayi kurang atau tidak bergerak dalam 24 jam selepas 21 minggu. Awasi pergerakan harian bayi. Kadang bayi tidur. Jadi cuba ‘kejutkannya’. Jika masih tidak bergerak perlu jumpa doktor.
13.Rasa gatal ketika peringkat akhir mengandung sama ada dengan atau tanpa jaundis, kencing berwarna gelap dan najis yang pucat. Ini mungkin tanda hepatitis atau masalah hati. Biasanya gatal-gatal adalah biasa kerana kulit meregang untuk pembesaran bayi tetapi jika teruk semasa waktu malam dan melibatkan gatal di kaki dan tapak tangan anda perlu jumpa doktor.
14.Jatuh atau berlanggar sesuatu di perut. Terutama jika berlaku kebocoran cecair atau pendarahan, anda perlu ke hospital.
Pada waktu ini, sememangnya, anda boleh melahirkan bayi anda pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu,anda perlulah bijak membezakan antara tanda-tanda kelahiran palsu dengan yang betul. Harus diakui,sememangnya agak sukar untuk membezakan antara kontraksi palsu dengan kontraksi yang benar.Sebagai panduan, kelahiran sudah hampir apabila:
Rasa sakit ketika kontraksi bermula dari rahim dibahagian atas, lalu merebak ke bagian atas tulang kemaluan. Lama-kelamaan kontraksi akan menjadi teratur, serta kesakitannya semakin kuat.Keluar cairan jernih, berwarna putih kekuningan, dan banyak jumlahnya. Ini adalah air ketuban yang pecah. Dari vagina, keluar lendir bercampur darah.
Sebenarnya, terdapat 3 fasa kelahiran, iaitu:
Fasa 1: Bermula dari tanda-tanda persalinan dan berakhir ketika pembukaan mulut rahim sudah lengkap. Seiring dengan terjadinya kontraksi, mulut rahim membuka secara perlahan. Sebagai panduan, pembukaan jalan lahir biasanya diukur dengan sentimeter (cm). Misalnya, pembukaan 3 bererti mulut rahim sudah membuka sebesar 3 cm. Pada pembukaan 8, anda sudah memasuki tahap peralihan. Pada tahap ini, kontraksi sudah agak cepat dan jaraknya lebih pendek, iaitu setiap 2 minit. Pada waktu ini, kepala bayi sudah berada di jalan lahir dan mulut rahim hampir membuka penuh. Tetapi, anda belum boleh meneran, walaupun kepala bayu sudah mula menolak. Kalau dipaksakan juga, ia akan menyebabkan laluan kelahiran terkoyak. Meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna, iaitu 10 cm. Ramai calon ibu yang tidak dapat menahan kesakitan pada waktu ini. Untuk menghadapi tahap ini, mintalah minuman daripada jururawat,selalu buang air kecil, atur nafas, atau jalan-jalan sekeliling katil. Berapa lamakah waktu berlangsungnya tahap ini? Ianya berbeza-beza. Untuk kelahiran anak pertama, biasanya, kontraksi akan berlaku diantara 5-24 jam. Tetapi, bagi kelahiran anak kedua, kontraksi akan berlaku lebih cepat, iaitu 2-6 jam.
Fasa 2: Bermula dari saat pembukaan mulut rahim secara penuh hingga kelahiran bayi. Ini adalah pengakhiran bagi “perjalanan” si kecil anda. Ia sudah bersedia untuk dilahirkan. Anda pun sudah boleh mula meneran. Untuk memudahkan proses pengeluaran kepala kepala bayi, proses meneran haruslah serentak dengan datangnya kontraksi. Oleh itu, ikuti petunjuk doktor agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Pada kebiasaannya, tahap ini akan berlangsung sekitar 2 jam, namun begitu ianya boleh menjadi lebih cepat jikalau anda sudah bersedia melahirkan bayi anda. Pada saat proses kelahiran berlangsung, kawan perineum (antara anus dan vagina) akan meregang dan cenderung merobek. Kalau ini terjadi, doktor akan menggunting perineum anda agar robekan teratur. Pada kebiasaannya, setelah kepala bayi mula menonjol, secara automatik ia akan meluncur sehingga bahu dan bahagian tubuh lainnya akan meluncur keluar dengan mudah.
Fasa 3: Bermula dari kelahiran sehingga keluarnya plasenta.
Tahap ini biasanya berlangsung selama 20 minit. Pada waktu ini, anda masih mengalami kontraksi. Malahan, kontraksi tersebut akan memudahkan keluarnya plasenta. Biasanya, anda akan diminta untuk meneran lagi. Untuk mengetahui apakah plasenta sudah lepas atau belum, doktor akan “menekan” dibahagian bawah perut anda. Setelah plasenta “dikeluarkan”, doktor akan melakukan penjahitan perineum. Ini hanya akan dilakukan jikalau pengguntingan perineum ada dilakukan sebelum ini atau atau ada robekan di perineum yang berlaku secara spontan.
Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:
• Jangkitan dalam telinga (otitis media)
• Alahan
• Muntah
• Cirit-birit
• Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
• Meningitis
Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
• Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
• Tidak perlu disediakan.
• Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
• Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
• Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
• Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
• Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
• Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
• Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.
Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.