
Akhirnya,klik link di bawah untuk memberikan ucapan,ayat-ayat nasihat,kata-kata semangat,meaning full doa,dan komen kepada pasangan Firdaus & Fazreen dan Puteri sulung kami,Puteri Nur Fatihah.
Hari ini genap hari ketujuh kelahirannya dan majlis cukur jambul selesai di jalankan.
Semoga nama ini ,Puteri Nur Fatihah bisa memberi bakti kepada agama,bangsa dan negara.InsyaALLAH.
Minta maaf di dahulukan dari pihak kedua belah keluarga di atas segala kekurangan yang ada sebelum,semasa dan sepanjang majlis berlangsung.
Kesempurnaan itu hanya milik ALLAH jua.
Semoga ALLAH membalas kebaikan yang banyak kepada kalian.Ameen.
Time kaceh,jumpa lagi..selamat beramal..ihiks ^_^
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Alhamdulillah, hari ini genap setahun pernikahan kami.
assalamualaikum pmbuka bicara...
aiman nk ucapkn congrats utk akhi & ukhti ats khadiran baby puteri nur fatihah...
moga dgn khadiran si comel ni, mbawa sribu erti dlm hdup kalian & islam...
dksempatan ini, aiman nk ucapkan slmt mnyambut ari raye eidulfitri maaf zahir & batin dari aiman skeluarga...
may Allah bless all of u...
jmput dtg rumah raye nnt...
love palestin ^_~
salam.. semoga akhi firdaus dan ukhti fazreen berbahagia dan diberkati Allah disamping cahayamata tercinta,puteri nur fatihah. smg dikurniakan kesihatan, rahmat, kasih-sayangNya dan perlindungan di dunia lagi akhirat..amiin
Puteri Nur Fatihah binti Mohd Nur Firdaus nama diberi :)
Seindah namamu , Cahaya Pembuka kepada Cahaya Syurga ('',)
salam yeen dan suami... (untuk mc yeen ku sayang)
sori la aku tak balik mase kawen mung hari tu..kan mung kate kad nak bagi lain ke aku..pastu aku tak de kad..sehari lepas mung kawen epu tepon aku tanye dup kat ne, dia ingat aku kat kg blk mase mung kawen..aku mengucap panjang..aku lupa tarikh..heheh sori yer yeen..
Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini. Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka.
Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga. Jika diqiaskan kepada rupa, ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua. Di dalam al-Quran, Surah an-Nur, ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,l aki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. Disebabkan keadaan itu, rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah. Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur, ayat 26, Allah s.w.t. berfirman
yang bermaksud,
"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."
Pada sesetengah pihak, ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya, malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa, Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.
Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik, sesetengah pihak turut bertanya, apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?
Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh qada dan qadar Allah terhadap jodoh seseorang. Dengan kata lain, ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing. Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah s.a.w, Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.
Ekoran fitnah itu, ada umat Islam yang mempercayainya. Sedangkan yang sebenarnya Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya. Disebabkan peristiwa itulah Allah s.w.t. menurunkan ayat itu. Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur, ayat 3 yang bermaksud:
"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."
Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja. Jumhur ulama mengatakan, hukum ayat itu telah dimansuhkan oleh Allah s.w.t. Ia dimansuhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin, nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Mengetahui. Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina), sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya. Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah(kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.
Dengan pemansuhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja, tidak dengan yang baik.
Sebaliknya ia telah menjadi umum. Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina, perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik, perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik. Jadi maknanya jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah, tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik, yang soleh atau solehah. Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu.
Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula, kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik, tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik. Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik. Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.
Dalam Islam, seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia. Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, tujuannya untuk menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dari terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan. Ini adalah dakwah.
Dalam Islam, jika seseorang telah bertaubat kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu. Kalau tidak, berdosa. Sebab dalam Islam orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih. Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.
Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita. Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga. Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatutnya diterima baik oleh masyarakat. Bohsia dan bohjan, penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam. Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya. Akibatnya ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya, (kemudian) mereka ingat akan Allah, lalu mereka meminta ampun atas dosanya. Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah. Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui."
(Ali Imran : 135 )
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya."
(Al Baqarah : 222 )
Gembira bersama menanti hari,
Dua hati saling diikat berjanji,
Melayar bahtera mahligai impian,
Keluarga bahgia itulah harapan.
Berjanji setia menempuh bersama,
Susah dan senang ditempuhi jua,
Suami membimbing isteri dia membantu,
Barulah hidup kan kekal bahagia.
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama,
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama.
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa ,
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa.
Tuhanku berikan bahagia padanya sehingga ke akhirnya..............
Gembira bersama menanti hari,
Dua hati saling diikat berjanji,
Melayar bahtera mahligai impian,
Keluarga bahgia itulah harapan.
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama,
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama.
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa,
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa.
Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama,
Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama.
Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi,
Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi.
Bila dua hati terjalin bersama,
Selamat Pengantin Baru kami ucapkan,
Moga kekal bahgia bersama selamanya,
Anak yang soleh itulah harapan.
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
Selamat Pngantin Baru buat akhi firdaus & ukhti fazreen...smga kekal hingga ke jannatul firdaus..amiin..=))
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
Selamat Pngantin Baru buat akhi firdaus & ukhti fazreen...smga kekal hingga ke jannatul firdaus..amiin..=))
Sehingga saat entry ucapan ini ditulis,sudah 35 hari kami melewati alam perkahwinan..
.YA WADUD.....SUBURKAN CINTA KAMI HANYA KERANA MU................
Ya Matin....Ikatkanlah hati2 kami dgn ikatan Aqidahmu....
Semoga pernikahan ini kekal hingga kehidupan akhirat....
Pandanglah kami dengan pandangan Rahmat Mu...
Redha lah kami sebagai hamba Mu...
Semoga kami saling bantu membantu dalam menegakkan agama Mu............
Jauhkanlah kami dari tergelincir dari saf perjuangan....
Permudahkan urusan kami dunia dan akhirat....
Jadikanlah kami hamba yang Qanaah dan sabar dalam sesuatu wahai Ya Sobur...
Kurniakanlah kami anak yg soleh dan solehah,taat,cerdik, elok paras rupa dan akhlaknya...
Jadikanlah anak2 kami hafiz dan hafizah,pewaris para rasul dan anbiya'.....
Permudahkan urusan mendidik dan mentarbiyyah mereka.....
...doakanlah kebahagiaan usrah kami dunia hingga akhirat...amin..syukran...
Walau x mngenali kalian berdua dgn dekat (hanya di FB Akhi Firdaus)tp akak cukup terpesona dgn aura kalian berdua.Smga kalian jd suami isteri yg saling lengkap melengkapi antara 1 sama lain hingga ke syurga..& dikurniakan anak2 soleh...amin.Terimalah salam ukhwah dr akak sekluarga utk kalian berdua yer..
TAHNIAH!!!...x terlambat utk wish selamat pengantin baru..moge bahagia sampai akhir hayat...finally...
alhamdulillah......
selmat pengantin baru.jutaan ampun dan maaf tak dapat hedir.doaku moga kalian bahagia selalu.amin....
alhamdulillah......
selmat pengantin baru.jutaan ampun dan maaf tak dapat hedir.doaku moga kalian bahagia selalu.amin....
Salam... Syukran... TahniaH!!! Kak Yin n Akhi Firdaus.... Ana doakan semoga Akhi dan Ukhti berbahagia hingga ke Syurga Firdausi... ana juga memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri kerana ada final Exam... Salam Syg kak Yin
salam ..selamat pengantin baru..semoga ketibaan hari yg dinanti2 memberi makna buat hidup ustaz..tahniah semoga kehidupan selepas ini lebih bahagia disampig insan2 tersayang ..insyaALLAH..amin yarabb..
assalamualaikum kpd akhi firdaus & ukhti fazreen.Selamat pengantin baru kuucapkan kpd kalian berdua.semoga perkahwinan kalian berdua bahagia hingga ke akhir hayat & bersama di akhirat sana. AMIN....
salam
selamat pengantin baru buat amirah ana... bt kak yen,tahniah....tahniah jua bt ustaz...
Assalamualaikum,slmt pengantin baru, moga kita berada dlm rahmat Allah selalu dalam menuju cahaya syurga....jumpa di ktn deh...syukran :-)
Asak .. I was just finding some wedding cards online to make my wedding card .. and found your and u were getting married today .. so thought of wishing u ..
Many Congratulations !!!
Assalamualaikum...
Selamat Mendirikan Sebuah rumah Tangga yang bakal membahagiakan kehidupan dua insan.
Semoga berkekalan dengan rahmat Allah swt..dan dengan berdirinya rumahtangga ini dapat menjadi kamu berdua semakin dekat dengan Allah SWT..
Bayakkan bersabar dengan dugaan dan mehnah yang akan di tempuhi nanti..
Sesungguhnya Perkahwinan akan mengajar seseorang akan erti sebenar kehidupan..banyakkan bersabar dan bertolak ansur antara suami isteri nanti...
Akhir Kata:
Semoga Perkahwinan ini nanti ini nanti akan menyinari kehiduan kamu berdua...
Ikhlas dari:
Muhamed & Aisyahdalila.
salam!Selamat menjalani kehidupan baru bersama!Walaupun tak dapat hadir,its ok la,dari jauh ku doakan kebahagiaanmu :) hati2 melangkah,sungguh kita punya teladan terbaik dalam rumah tangga,tak lain tak bukan Rasulullah sendiri.Contohilah akhlak baginda dlm menjalani syurga dunia bersama insan yg tercinta,moga kami juga,adik2mu ini akan mencontohimu pula di kemudian hari.Be the most romantic husband for her as she deserves the best from you! Selamat pengantin baru dari Penang!
Assalamualaikum....
Dulu Kau & Aku pernar bermain bersama,
Dulu kita pernah belajar sekelas,
Dulu kita pernah minginap di bilik yang sama,
Dulu kita pernah Makan bersama,
Dulu kita berjuang hadapi mehnah tribulasi bersama.
Ada orang kata, di mana ada aku, pasti ada kamu,
Ada orang kata juga di mana ada kamu, pasti ada aku...
Wahai Sahabat maafkanlah aku kiranya di sepanjang perjalan kita bersama, ada yang membuatkan kamu terasa hati padaku...
wahai sahabat... mungkin aku antara yang paling gembira dan mungking juga aku yang paling sedih....
tidak perlu aku ulas dengan panjang lebar..
cukup dengan, dulu kau dan aku, kini aku sendirian...
dan kau ada teman di hatimu...
dulu aku sering sakitimu tapi kini kau ada pengubat hati...
Aku doakan semoga dikau barhagia senantiasa...
maafkan aku wahai sahabat...
pelis... jangan tanya " kau bila lagi"
semoga kau lebih tabah dengan hari2 yang mendatang...
Tiada Indah kata dariku...
SELAMAT PENGANTIN BARU...
SELAMAT HIDUP BERSAMA...
SELAMAT SEGALA-GALANYA...
Wassalammualaikum....
Assalamualaikum....
Tahniah dan takziah buat adik2 akak....perkara yang paling akak gembira ialah bila dgr anak usrah yang pertama akak nak kawin(yeen)...betul kata k.noy tu, dah kawin ada tanggungjawab lagi besar..tapi jagn takut,semua tu ujian dari Allah, janganlah kita saling mengharapkan sesuatu dari perkahwinan,ianya bermula dalam diri kita sendiri(suami atau isteri)...maaf,akak tak dapat datang ke walimah,kebetulan ada shbt minta bantuan ke arah baitulmuslim juga, serta akak dah nak masuk 9 bulan,takut nak pi jalan jauh2..doakan akak selamat melahirkan amanah yang besar dari ALLAH..
Husbands are the "head of the wife" and as the ruler of the marriage, he must bear chief responsibility for the failure of it. Where husbands have failed, more often than not, is to love their wives. May Allah bless your marriage.Amin.
Assalamualaikum....terima kasih sudi dtg rumah akak ngan abg. apz mlm tadi....
tahniah .... sempena hari halal yang bakal menjelang tiba....siapkan diri menempuh fitnah dan mehnah bahtera baitul muslim....terutamanya bila mula2 dok jauh suami isteri....sampai satu tahap akak rasekan..."baik tak yah nikah lagi kalau dok asing2" sebab lepas nikah ada rase 1 tanggungjawab sangat besar....(aku bukan sorang lagi=ada org lain yang kena di ambil tahu)......sorry termembebel plak.... apa2 pun tahniah adik2 ku....jadikanlah kita dan seluruh ahli keluarga kita mata rantai terbaik....untuk DINNULLAH....amin...
Assalamualaikum..salam tahniah buat bakal pengantin ( ustz. firdaus & k.yeen). Smoga baitul muslim yg bakal terbina akan sentiasa diberkati ALLAH..Salam syg k.yeen...
salammm
doa kami agar kalian sentisa mendapat rahmt dariNYA...slmt mnmpuh alam baru buat yeen&firdaus..
Salam Kebahgiaan Melangkah Ke Alam Perkahwinan. Salam Meneguhkan Diri Di Jln Allah. Salam Membimbing Isteri Yang Tercinta, Salam Mendidik Anak Perjuangan, Salam Menempuh Fitnah dan Dugaan. Sembahlah Hanya Pada Allah. Mohonlah Hanya Kepada Allah. Penikahan Menutup 1/2 Fitnah Kpd Muslimah, Menambah 1/2 Fitnah Kepada Muslimin. Semoga Selamat Dunia Sampai Akhirat. Salam Pengantin Baru.
Drp Kami Pengantin Veteran.
Mu'allim, Mu'allimah Dan Permata Hati.
Assalamualaikum buat bakal pengantin,,
Sedikit renungan mutiara perkahwinan dari ustaz...
Firman Allah S.W.T.
"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."
(Yaasin: 36)
Maka marilah kita bertaqwa...
"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "
(An-Nisa':1)
Dan sebagai seorang suami,bersabarlah dengan kerenah dari kaum Hawa...
Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "
"Semoga Allah memberkahi perkahwinan kamu"
Ameen.
Firdaus my friend...I wish you and your wife all the blessings in life and love.
Always remember the things that we talk about.....as well as the "other" things....
the big day is approaching be ready ,hehe...be calm Firdaus...gud luck bro
"Senantiasalah bermunajat kepada Allah,perkahwinan adalah tanggunggjawab dan amanah,rasa di cintai untuk mencintai"
Akhirnya kita akan kembali..ingatilah akhirat tatkala mana kita ingin berbuat sesuatu perkara"
SELAMAT PENGANTIN BARU
dari adik-adik Abang (",)
[SELAMAT PENGANTIN BARU]
selamat pengantin baru dari che su sekeluarga......semoga kekal hingga ke akhir hayat......
selamat pengantin baru dari che su sekeluarga.........semuga hidup akan berkekalan hingga ke anak cucu...dan nasihat che su...hidup dialam rumahtangga banyak sangat dugaan yang perlu dihadapi oleh kamu berdua....tapi kalau kita senantiasa bersabar.insyaallah segala dugaan akan senang di leraikan...dan sebagai suami abg pis mesti senantiasa memahami hati isteri dan senantiasa mengingati hari2 bersejarah dalam hidupnya seperti hari lahir dan hari perkahwinan.krn setiap perempuan akan menghargai apa yang diingati oleh suaminya.......setiap hari bersejarah tu...mestilah disi dengan hadiah walaupun sebiji chocolate........
~ Tahniah untuk abg fiq & kak yeen.
~ Semoga kekal untuk selamanya.
~ Jaga kak yeen baik2 tau...
Salam 'alaikum..alhamdulillah.Doaku semoga baitul muslim yang bakal antum bina kekal hingga ke akhir hayat bersama rahmat & redhaNya..InsyaAllah.Amin.
semoga berbahagia ke akhir hayat hingga ke syurga juga...huhu, insyaAllah
Barakallahu laka wa baraka 'alaika, wa jam'aa bainakuma fii khair
Assalamua'laikum.. selamat pengantin baru buat bakal pengantin.. semoga baitul muslim yang bakal dibina mendapat redha dariNYA.. bakal melahirkan generasi pelapis pembela ISLAM... insya'ALLAH.. sayang kak yeen bucuk..hehe