Izzuddin & Baiti

Our Story

Perkahwinan Yang Diimpi

Nik Nurbaiti Mohd Badarudin

Nik Nurbaiti Mohd Badarudin

Dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 7 Oktober 1986.

Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar, Kedah dari tahun 1993 sehingga lah tahun 1998.

Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh Perak dari tahun 1999 sehingga tahun 2001.

Memperolehi tempat di Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Kelantan pada tahun 2002 sehingga tahun 2003.

Selepas tamat SPM, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam Sains hayat dari tahun 2004 hingga 2005.

Dan sekarang berada di tahun akhir di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Biologi).

Insya-Allah akan tamat pengajian pada akhir April 2009.

Ahmad Izzuddin Fahmi Bin Che Ab. Rahim

Ahmad Izzuddin Fahmi Bin Che Ab. Rahim

Dilahirkan di Kuala Lumpur tanggal 17 Disember 1985.

Mula menuntut di Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh Perak sejak 1992 sehinggalah tahun 1997.

Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh Perak dari tahun 1998 sehingga tahun 2002.

Setelah menamatkan SPM, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam SUltan Alam Shah, Klang Selangor dalm STPM dari tahun 2003 sehingga tahun 2004.

Setelah tamat STPM, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi) di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 2005 sehingga 2008.

Kini, beliau merupakan penuntut tahun dua program Ijazah Sarjana Falsafah (Psikologi) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan juga merupakan seorang GRA (Graduated Research Assisstant) Di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM.