
Kisah kami
Secara rasminya kami berjumpa di laman web friendster. Pada 03.03.2006 kami saling "add friends". Pda mulanya hanya berutus email, kemudian chat. kemudian bertelefon.
Sekembalinya Aizuddin ke Malaysia, kami berjumpa buat pertama kalinya di stesen LRT Kampung Baru bersama kawan baik Siti iaitu Fizah. Kami jarang bertemu kerana Siti sangat sibuk dengan kelasnya
Untuk menjaga perhubungan kami berdua, keluarga kami bersetuju untuk menunangkan kami berdua. Kami bertunang pada 27 Ogos 2006 tetapi tidak sempat membuat apa-apa majlis.
Sekembalinya Aizuddin ke Malaysia pada cuti musim panas 2007, majlis pertunangan dijalankan pada 24 Jun 2007.
Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi dengan izinNya kami bakal di satukan dengan ijab dan kabul pada 19 Julai 2008 bersamaan 16 Rejab 1429H.
Doa dari sahabat- sahabat semua amat kami harapkan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.insyaAllah.:)